>--

kisah Ustaz dan GRO

Seorang ustaz sedang menegur anak jirannya kerana bekerja sebagai GRO!

Ustaz: Assalamualaikum..wawa..ustaz tgk wawa asyik pulang rumah lewat je kebelakangan nie? Dari mana?

Wawa: wkumsalam ustaz..owh wawa baru balik kerja..

Ustaz: kerja ape smpai pulang ke rumah lewat mcm tu? Dgn pkaian pun xmcm pergi kerja..

Wawa: Ala ustaz..saya bekerja sebagai GRO je dkt bndar..

Ustaz: (terkejut)astaugfirullahalazim..wawa..knpe wt keje2 mcm tu??..


Wawa: Knpe ustaz? Owkey pe GRO..


Ustaz: (terkejut lagi) Astaugfirullahalazim..subbahanallah..mcm ne la kalau mak ayah wawa tau ni..


Wawa: (selambe) dh tau la ustaz..ayah dgn mak bagi dgn snang hati sy jadi GRO..


Ustaz: Ya Allah ya tuhan ku..buka kan lah pintu hati hambe mu ni ya Allah..wawa! Kembali lah ke pangkal jalan..jgn keje mcm tu lagi..


Wawa: Laa..ustaz ni knpe nk over?! Sy seronok sbgai GRO..family sy pun suke..ustaz lak lebih2..


Ustaz: Family wawa suke dgn wawa keje yg maksiat tu? Astaugfirullahalazim..


Wawa: maksiat ape nye ustaz! GRO! Gunting Rambot Orang..halal okey! Astaghfirullahalazim ustaz..otak kuning!! Insaf la ustaz!


Ustaz: Alamak! Aku pulak terkena!








hahhaha,ustaz pun kantoi,,,kena OTAK KUNING TERUS,...tuh x baek melempar tuduhan tanpa menilai dan menanya dahulu....hahahah

Apabila Hantu Dapat Namanya


Bagaimana hantu mendapat namanya....Anda tahu??

1. Hantu Raya - Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di
dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya... ... .kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai - balai raya.

2. Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang.
Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang
memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3. Hantu Stokin - Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam.
Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga.
Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin
sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.

4. Hantu Jerangkung - Di percayai berasal dari Tanah Besar China . Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang... ..kung', jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.

5. Hantu Pontianak - Disyaki berasal dari India . Seorang lelaki, Mr.
Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung
selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun,anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak ... Lekatlah nama pontianak .

6. Hantu Penanggal - Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung 'Lari..lari... ..Penanggal'. Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu... ..dia pun mengilai semahunya.

7. Hantu Pocong - Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu Bin Mat Sudu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita... kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!

8. Hantu Kom-Kom - Berasal dari Hantu Komputer, macam korang yang suka main Komputer surf internat sampai 24jam hingga tak ingat dunia .. disebabkan suka main komputer hingga mati pun depan komputer, komputer, komputer… akhir sekali di sebutlah hantu Kom-KOM.. shortcut dari Komputer jadi ler KOM.

Gangguan Jin dan Iblis Punca Histeria




Di dalam Al-Quran dan Sunnah, terdapat banyak ayat-ayat yang menerangkan tentang kewujudan jin, syaitan, iblis, roh dan ilmu sihir. Terdapat juga banyak dalil yang menunjukkan tentang merawat diri kita dengan ayat-ayat Al-Quran, dan doa-doa yang diajar oleh Nabi supaya melindungi diri kita dari kejahatan makhluk-makhluk-Nya, termasuklah gangguan jin, syaitan dan iblis.

Pelajar-pelajar dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan setelah terkena Histeria.



Kejadian 1.
Semasa berkhidmat sebagai pegawai di BN 3/502 AW. Beberapa rekrut wanita disampok makhluk halus. Kata ustaz yang merawat mereka, kononnya mereka  membuang tuala wanita ke lubang tandas. Jadi makhluk halus ini marah, dirasuknya mereka ini sampai tak sedar diri selama 2 hari. Teruk juga ustaz yang merawat mereka kerana mereka menjadi ganas dan terpaksa di kurung untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Suara pun berubah jadi keras.

Kejadian 2
Pernah suatu masa dahulu sebuah kilang di Sungai Petani, Kedah ditutup akibat kes Histeria. Berpuluh pekerja-pekerja wanita yang sedang bekerja tiba-tiba histeria. Puncanya apabila seorang pekerja wanita pergi ke tandas ternampak satu lembaga  sedang menjilat darah. Pekerja wanita itu terus menjerit dan kena histeria. Ia berjangkit dengan cepat dan  satu “assembly line production” kena histeria. Yang belum dirasuk. Pekerja ini diasingkan. Hanya pekerja wanita melayu sahaja yang kena histeria. Pekerja wanita bukan Islam tidak dirasuk. Ini yang pelik kata Pengurus berbangsa Jepun. Kata pengurus itu pekerja melayu mungkin “stress” dan lemah semangat berbanding bukan Islam.

Kejadian 3
Sebuah Sekolah Menengah di Tanjung Lumpur, Kuantan. Seramai 35 pelajar perempuan  kena histeria.  Kejadian misteri ini memperlihatkan sebilangan pelajar yang terlibat menjerit-jerit, bertutur dengan nada keras, meracau secara tiba-tiba, mengadu sakit sendi, berjalan terbongkok-bongkok seperti orang tua yang uzur, berjalan terhoyang-hayang lalu rebah di lantai dan meronta-ronta seperti dirasuk.  Lebih teruk lagi, ada yang mendapat kesan lebam dan gigitan di bahu serta bertindak agresif dengan cuba memanjat pagar sekolah. Keadaan ini sekali lagi memaksa kita cuba merungkai selirat misteri di sebalik kenapa histeria berlaku.

Jadi punca dan sebab dirasuk syaitan dan iblis.

1. Lemah semangat terutama kaum wanita semasa datang bulan. Rasa takut dan percaya kepada perkara-perkara seperti dirasuk hantu.

2. Tekanan mental yang amat sangat  kerana sesuatu perkara penting seperti menhadapi peperiksaan, putus tunang dll.

3. Menganggu tapak makhluk halus atau kampungnya yang kita tak tahu. Ataupun waktu dahulu tempat ini ditanam tempayan atau pasu yang mengandungi saka atau iblis yang dibuang oleh bomoh.

4. Disihir oleh orang yang sakit hati. Kebanyakan menggunakan cara ini dengan berjumpa bomoh siam, indon dan orang asli.

5. Menuntut ilmu hitam. Kebanyakan belajar untuk menjaga diri sendiri atau untuk kelihatan cantik pada suami. Tetapi langgar pantang dan terlupa.

Di antara surah-surah yang sering kita baca ialah Ayatul Kursi, Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Jika diteliti akan maksud dan tafsirannya, kita boleh dapati pengajaran mengenai meminta perlindungan Allah s.w.t dari kejahatan jin, manusia dan juga sihir.

Bagaimanakah Jin boleh bercakap dengan manusia?

Dalam cara untuk merawat pesakit yang terkena gangguan makhluk halus ini hendaklah  membacakan beberapa potong ayat-ayat Al-Quran supaya pesakit dapat mendengarnya dengan khusyuk. Bagi mereka yang ada gangguan, biasanya apabila dibacakan Al-Quran pada telinganya, si Jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh si pesakit itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh bertahan dengan berdiam diri. Maka timbul lah berbagai reaksi dari pesakit itu. Antaranya ialah pesakit akan rasa:

1.  pening-pening kepala
2.  mabuk
3.  muntah-muntah
4.  menggeletar
5.  pengsan
6.  seram-sejuk
7.  berdebar-debar

Sebahagian makhluk halus itu tidak tahan dengan surah-surah Al-Quran lalu terus meminjam lidah si pesakit untuk berkata-kata dengan si perawat. Biasanya, tujuan dia berkata ialah supaya dia dapat:

1. Marah orang yang perawat dan menyuruhnya berhenti membaca Al-Quran.
2. Menengking orang yang perawat dan mencabarnya
3. Meraung kesakitan (seperti: Aduuuh!! Sakitnya!!)
4. Meminta ampun dan minta supaya dia dilepaskan (Inilah yang kebanyakan berlaku)

Ringkasnya, makhluk halus ini akan berkata-kata dengan menggunakan lidah si pesakit.

Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat). (Surah Al-Shad: ayat 79)


Iblis berkata: Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya (Surah Al-Shad: ayat 82)

Firman Allah swt:

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (Surah Al Isra’ ayat:82)


Cara-cara untuk menghalang Jin menganggu manusia.

1. Banyak membaca surah-surah Al-quran dan terutama membaca ayatul kursi dan 3 qhul    setiap kali solat waktu.

2. Sentiasa menjaga waktu solat.

3. Banyak berzikir.

4. Berdoa kepada Allah SWT dijauhi gangguan Jin dan Iblis dan dipeliharaNya.


Semoga kita dilindungiNya dan dipeliharaNya dari jin,Iblis dan syaitan yang dilaknat oleh Allah SWT.


Wasallam.




sumber : resepi rahsiaku

Cara-Cara Ingin Menutup dan Menjaga Aurat


Cara-Cara  AWAL bagi wanita yg baru nak belajar TUTUP/JAGA aurat :


1. TUKAR gambar PROFILE PICTURE/DP korang yg tak tutup aurat itu.
( ganti dengan gambar kambing ke, bear ke, bunga ke, apa-apa saja. Asalkan tidak melampau ) 

2. DELETE segala-gala gambar korang dalam fb. Yg gedik, yg pelik, yg jelik.
( simpan el0k-elok. Nanti tunjuk dekat bakal husband korang saja ya? )

3. CUBA pakai tudung KEMANA-MANA saja korang pergi. Jangan amik kisah/amik peduli kata-kata orang lain.
( biar orang tak reti jaga mulut. Yg penting korang cuba nak JAGA AURAT )

4. DEKATkan diri pada USTAZAH. Pada MUSLIMAH. Pada orang yg nak BERUBAH. ( supaya diri SENTIASA peka/penuh keinsafan )

5. Sentiasa berdoa pada ALLAH untuk kuatkan hati, lancarkan proses perubahan anda dan bersabar atas segala ujian.

Mari mula sekarang. ALLAH SAYANG hambaNYA yg berTAUBAT. ;) ♥
Practice make prefect... Selamat beramal wahai kaum hawa...

Rahsia Personaliti melalui Perwatakan Tidur





Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:


1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.


2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. 
Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. 
Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.


3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. 
Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.


4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. 
Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. 
Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
Mereka tdk suka berusaha.


5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. 
Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.



6) Tidak punya bantal 

ciannye... gi le kedai beli satu.

Konsep 7P untuk Suami





1. Perhatian : Beri Perhatian kepada Isteri dan Anak Sepenuhnya.

2. Puji: Beri Pujian sepatutnya kepada Isteri dan Anak 

3. Peluk Selalu: Peluk Isteri dan Anak kalau tak tahu berkata.

4. Pujuk Sentiasa: Pujuk jangan suruh untuk dapatkan sesuatu.



5. Penghargaan: Memberikan Hadiah dan penghargaan jika perlu



6. Periksa: Sentiasa Periksa untuk Tahu apa sebabnya bukan main tuduh ajer.



7. Perhiaskan Diri: Keluarga yg bahagia harus mempunyai kecantikan luar dan dalam yg akan  


membanggakan keluarga anda dan rumah anda. Wallahuallam, cuma harus tahu akan kenyataan yang berbunyi

"Sedangkan Lidah Selalu Tergigit , Inikan pula Suami Isteri".
Jadi ultimately setiap keluarga harus mempunyai toleransi dan sentiasa sudi maaf memaafkan antara satu dengan lain.

MISTERI HANTU TALI GANTUNG MENGGANGU PENDUDUK KAMPUNG



Kampung Pandan Seri sedang musim durian. Sepanjang musim itu Bang Akob tidur di pondok duriannya, beberap
a meter dari tanah perkuburan Islam kampung itu. Seperti biasa, menjelang tengah malam dia pasti menyusur dusunnya memungut durian. Kalau tidak, sudah pasti duriannya akan dipungut budak-budak dadah yang sering merayau-rayau di dusun orang tidak kira waktu.

Malam itu, angin mendesah. Sekali sekala kilat memancar. Durian amat rahat. Di setiap penjuru dusun kedengaran bunyi durian gugur. “Kalau tak cepat pungut, habislah pagi esok…” kata Bang Akob dalam hati. Sambil menggalas bakul rotan, dia menyuluh di kawasan pangkal pokok yang ada dua puluh batang itu. Kebanyakan pokok durian di dusun Bang Akob pokok tua. Dusun itu harta pusaka peninggalan ayahnya.

Angin malam itu terus mendesah. Kadang-kadang kuat, kadang-kadang perlahan. Ketika bertiup kencang, meliang-liuk kebanyakan dahan pokok dibuatnya. Ketika itu juga kedengaran bunyi durian gugur bertambah banyak. Hati Bang Akob kepalang gembira. Rezekinya esok hari pasti bertambah, fikirnya.

Sebiji demi sebiji durian dipungut dan dimasukkan ke dalam bakul rotan. Hati Bang Akob begitu lega. Duriannya tak sempat dipungut Mat Gian – panggilan biasa kepada budak-budak penagih dadah di kampungnya.

Bagaimanapun sesampai saja di pangkal sebatang durian berhampiran tanah perkuburan itu, Bang Akob terkejut. “Eh, dah datang pun dia…nasib baik aku sudah habis pungut…tak dapatlah dia,” bisik hati Bang Akob sebaik saja dia ternampak satu lembaga di tepi dusunnya.

“Fasal apa dia menuju ke kubur pula?” Kata Bang Akob kehairanan. Bang Akob bergerak menyusur ke penjuru tanahnya. Kemudian dia menyembunyikan diri di sebalik sebatang pokok besar. Lembaga itu bergerak perlahan sambil menarik seutas tali bubut kira-kira dua depa panjangnya. Tanpa membuang masa Bang Akob menyuluh. Suluhannya tepat ke wajah lembaga itu. Sekali lagi Bang Akob terkejut apabila wajah lembaga itu menyerupai orang yang dikenalinya.

“Eh, aku kenal…” bisik hati Bang Akob. “Pak Misan…!” Bang Akob melaung sekuat-kuatnya memanggil Pak Misan, orang tua kampung yang sering menjadi temannya berbual.

Bagi penduduk Kampung Pandan Seri, Pak Misan adalah seorang tokoh. Dia terkenal pendekarnya. Selain itu, dia juga tempat penduduk lelaki meminta ubat untuk menguatkan tenaga tertentu.

Tiada sebarang jawapan daripada lembaga itu. Ia berjalan terus sambil mengheret tali bubut. Tidak beberapa minit satu kejadian mengejutkan Bang Akob. Sebaik-baik saja dia membongkok memungut durian dan kemudian tegak semula, lembaga berwajah Pak Misan hilang dalam gelap malam itu.

Puas juga Bang Akob menyuluh di setiap penjuru dusun duriannya, namun lembaga itu tetap tidak kelihatan lagi. Bang Akob melaung memanggil Pak Misan tetapi tidak ada sebarang jawapan. Dia mula takut. Angin bertiup lebih kencang. Daun-daun berguguran. Kilat memancar sekali-sekala. Bunyi burung hantu di kejauhan menambahkan seram suasana ketika itu.

Bang Akob betul-betul ketakutan. Dia tidak mempedulikan lagi durian yang gugur. Apa yang ada di bakulnya, itu saja yang dibawa pulang ke pondok. Langkahnya begitu cepat. Hatinya bertanya sendiri: ”mengapa Pak Misan merayau di tanah kubur pada tengah-tengah malam begini?”

Menjelang subuh, Bang Akob pulang ke rumah membawa durian yang penuh sarat di dalam bakul di belakang motosikalnya.

Sebaik saja sampai di kepala simpang, Bang Akob terkejut besar ramai penduduk berkumpul di situ. Sebuah Land Rover hitam juga ada di situ.

“Eh apa halnya?” Tanya Bang Akob apabila ternampak kaki orang terjulur dari belakang Land Rover hitam itu.

Pagi itu Kampung Pandan Seri gempar secara tiba-tiba. Seorang penduduk, Mat Jami menemui mayat Pak Misan terlentang di bangsal di belakang rumahnya. Terpandang saja mayat itu, Mat Jami patah balik ke masjid. Dia ingin memberitahu jemaah masjid yang belum pulang selepas menunaikan solat subuh.

Ketua kampung dan Pak Imam masih di masjid. Mereka dan beberapa jemaah terkejut dengan berita yang dibawa Mat Jami. Tanpa membuang masa, mereka beredar ke rumah Pak Misan, Pak Misan sudah kaku di tepi bangsal. Mayatnya dikerumuni semut halus.

“Eh, apa hal Pak Misan memegang tali?” Tanya Pak Imam. Semua yang ada menerpa menghampiri mayat Pak Misan. Soalan itu tidak berjawab. Tidak ada seorang pun di situ yang tahu mengapa seutas tali bubut panjang dua depa itu ada di sisi Pak Misan.

“Kemaskan rumah Pak Misan,” arah Tuk Ketua Kampung. “Seorang pergi beritahu polis.”

Beberapa orang segera naik ke rumah Pak Misan. Pintu depan dan semua tingkap rumah itu terbuka. Mereka mengemas di sana sini dan membentang tikar tempat Pak Misan dibaringkan nanti.

“Kemudian kamu beritahu semua anak Pak Misan,” sambung Tuk Ketua Kampung apabila salah seorang penduduk bersedia dengan motosikalnya untuk ke balai polis kira-kira lima kilometer dari kampung itu.

Dalam masa yang singkat saja kematian Pak Misan tersebar ke seluruh kampung. Orang ramai mulai datang kerana ingin melihat keadaan Pak Misan yang dikatakan misteri itu.

Polis datang dan mengambil mayat Pak Misan untuk dibedah siasat. Orang kampung terus mengerumuni Land Rover hitam. Ketika itu Bang Akob sampai dan dia berhenti di situ bersama-sama dengan orang ramai. Di situ juga dia mendengar cerita mengenai mayat Pak Misan terbujur memegang seutas tali.

“Pak Misan memegang tali?” Tanya Bang Akob sendirian. Keanehan itu timbul kerana dia sendiri terserempak dengang lembaga menyerupai Pak Misan di kebun durian. Dia juga kelihatan mengheret seutas tali.

Selesai urusan pengkebumian Pak Misan, cerita misteri kematian Pak Misan tidak habis di situ. Ia merebak terus. Ramai yang bersimpati dengan arwah Pak Misan namun ramai juga yang mengaitkannya dengan pelbagai kisah timbul ketika Pak Misan masih hidup.

Seminggu selepas kematian Pak Misan, timbul pula kejadian yang lebih buruk. Kampung Pandan Seri ditimpa suasana yang menakutkan. Menjelang senja saja, terdengar suara terpekik terlolong kononnya terpandang lembaga mengheret tali berjalan di sekitar rumah Pak Misan. Yang mendakwa nampak hanya seorang dua, tetapi ceritanya cepat merebak sampai ke telinga anak remaja dan suri rumah.

Suatu senja, beberapa lelaki agak tua berjalan melintasi rumah arwah Pak Misan yang tinggal kosong sejak kematiannya. Sebaik saja sampai di depan rumah itu, mereka ternampak jelas satu lembaga menyerupai Pak Misan.

Sebelum meninggal, di situlah biasanya Pak Misan berdiri menunggu kawan-kawannya bersama ke masjid.

Hari demi hari, semakin ramai orang terserempak dengan lembaga itu. Yang anehnya tiap kali bertemu lembaga orang tua itu sedang mengheret tali.

Bukan itu saja,tali bubut itu juga melahirkan satu lagi misteri. Beberapa orang suri rumah pernah terserempak tali itu berlengkar di depan pintu rumah.

Kejadian itu sesungguhnya amat menakutkan penduduk Pandan Seri. Langkah mengatasinya diambil. Tuk Ketua Kampung memanggil anak buah berkumpul mencari jalan menghilangkan jelmaan itu. Ramai penduduk kampung bersimpati dengan arwah Pak Misan.Mereka tidak mahu jelmaan lembaga itu dikaitkan dengan Pak Misan. Sudahlah ketika ada hayatnya dulu hidup sebatang kara, ditinggal anak dan matinya pula menjadi sedemikian rupa.

“Baiklah, biar saya cuba bercakap dengan lembaga itu,” kata Pak Imam membuat cadangan.

“Saya nak ikut Pak Imam,” celah seorang ketika berlangsung pertemuan penduduk di masjid kampung itu.

“Biar saya pergi seorang diri…” jawab Pak Imam, ”saya merayu dengan makhluk halus itu nanti supaya jangan mengganggu penduduk kampung kita.”

Ramai orang tua di kampung itu percaya kononnya ketika hayatnya dulu, Pak Misan banyak menyimpan ilmu batin, termasuklah ilmu mempertahankan diri dan penggerun. Banyak makhluk halus mendampinginya. Akibatnya kehidupan Pak Misan menjadi tidak tenteram, terutama pada penghujung hayatnya.

Pada usia penghujung enam puluhan, Pak Misan kematian isteri. Dia tinggal kesepian. Semua anaknya sudah berkeluarga dan tinggal jauh dari rumah orang tua itu. Akhirnya, kira-kira enam bulan hidup membujang dan dihimpit pelbagai tekanan perasaan, Pak Misan menyuarakan rasa hati kepada semua anaknya untuk berkahwin lagi.

“Tak boleh ayah… kalau ayah mati nanti senang-senang saja janda ayah dapat harta… kami dapat apa?”kata anak sulung. Anak yang lain juga sekata.

Mendengar itu, Pak Misan tunduk saja. Air matanya menitis ke lantai. Betapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul… Pak Misan menahan hati tidak terhingga. Semua anaknya mementingkan diri tanpa memikirkan keadaan dan perasaan si ayah.

Agak lama juga Pak Misan bergelut dengan perasaan. Rayuan dan pujukan syaitan tidak putus-putus menyerang Pak Misan. Dengan sedikit iman di dada dapat juga Pak Misan melawannya, namun sampai bila?

Suatu hari pujukan syaitan bertambah kuat. Ia menabur janji yang indah-indah dengan syarat Pak Misan mengikut kehendaknya. Pak Misan bergelut lagi dengan hasutan itu. Akhirnya dia sudah mencapai seutas tali, tetapi dia masih mampu melawan pujukan itu. Dia rebah di bangsal di belakang rumah.

Sejak kematian Pak Misan, timbulah pelbagai cerita mengenainya. Ada yang menamakan jelmaan lembaga itu sebagai ‘hantu tali gantung’. Begitu buruknya sekali fitnah yang dicipta sesetengah anggota masyarakat kampung itu.

“Assalamualaikum…!”seru Pak Imam di depan rumah Pak Misan. Tiada jawapan. “Sah ini syaitan… ia menyerupai… jahatnya syaitan jahanam!” kata Pak Imam dalam hati. Kemudian dia membaca ayat suci khusus menghalau syaitan. “Sudah… Pak Misan sudah meninggal… ini bukan dunianya lagi… pergi!”

Selesai di situ Pak Imam mengajak beberapa penduduk kampung pergi ke kubur Pak Misan. Mereka membaca Al-Fatihah dan Yasin di samping memohon doa agar roh Pak Misan sentiasa dalam keadaan dirahmati Allah. - Amin.

Puisi Maafkan Kami Gaza dan Syria oleh Ustaz Azhar Idrus









derita kita
derita kita menanti..majuny a negara
derita kita kerana jualan di kedai yang kurang memberangsangka n
derita kita belum dapat bantuan subsidi
derita kita kerana anak tidak lulus periksa

derita mereka apabila anak-anak mereka menjadi kubu daripada ditembusi oleh peluru peluru yahudi yang merobek kulit
mengeluarkan isi perut anak-anak kecil yang tidak berdosa.
itulah derita para ibu di bumi Gaza..

para ibu di negara kita..
derita belum sempat membeli gelang baru
belum sempat membeli rantai baru
belum sempat menempah siap pakaian baru
samakah kita dengan mereka???

bumi gaza...2012..
menjadi tontonan cerita perang dalam televisyen
 setiap umat Islam yang 
jumlahnya berbilion-bilion..

wahai Gaza..
kami saudara kamu
seagama dengan mu
kami lelaki-lelaki sekuat mu juga
kami memohon ampun kepada mu wahai gaza

kami memohon ampun kepada mu wahai Syria
kerana kami tidak menghantar kereta-kereta kebal kami
yang hanya kami gunakan pada hari kemerdekaan


minta maaf wahai rakyat Palestin, Syria
kami ada tentera, tetapi kami tidak mampu pergi kepada kamu
mohon kemaafan banyak-banyak
kami hanya menjadi penonton
di mana darah-darah anak mu,isteri-ister i mu jatuh
titisan demi titisan di atas bumi yang sangat suci

wahai Gaza
walaupun kami tidak dapat pergi dengan jasad
terimakan lah juga roh kami untuk bersemadi bersama para syuhadamu

wahai Syria
walaupun kami tidak sempat untuk berperang bersamamu
terimalah nyawa kami untuk terus menguatkan jasad-jasad kamu melawan segala yang jadi musuh Allah

wahai Gaza
wahai Palestin
wahai Syria
maafkan kami
terima lah doa daripada kami
dan sudilah kiranya roh-roh kami bersemadi bersama jasad-jasadmu



Sedutan klik video daripada UAI


Tahukah Anda Asal-Usul Mouse (Tertikus) ?




Mouse merupakan salah satu perlengkapan komputer meskipun apabila tidak ada juga komputer masih bisa beroperasi, akan tetapi dengan menggunakan mouse maka kerja kita akan menjadi lebih cepat dan menghemat waktu, lebih cepat dan efisien. Maka tidak ada salahnya jika kita sedikit melihat sejarah perkembangan mouse itu sendiri

Mouse pertama kali ditemukan oleh Douglas Engelbart dari stanford Research Insitute pada tahun 1963. Mouse adalah suatu alat yang terdiri dari beberapa alat penunjuk ( pointing device ) yang dikembangkan untuk oN Line System (NLS) milik Engelbard. Selain mouse yang awalnyya disebut "bug", juga dikembangkan beberapa alat deteksi gerakan tubuh lainnya yang diletakkan di kepala dan dagu. Karena kenyamanan dsalam penguunaannya, mouse dipilih dan dikembangkan. Mouse pertama yang diciptakan berukuran besar, dan menggunakan dua buah roda yang saling tegak lurus utnuk mendeteksi gerakan ke sumbu Xdan sumbu Y. Engelbart kemudian mematenkan nya pada 17 November 1970, dengan nama penunjuk posisi X-Y untuk sistem tampilan grafis (X-Y position Indicator For A Display System).



Pada waktu itu, sebetulnya Engelbart bermaksud pengguna mouse dengan satu tangan secara terus menerus, sementara tangan yang lainnya mengperasikan alat seperti keyboard dengan lima tombol.
Perkembangan selanjutnya dilakukan oleh Bill English di Xerox PARC pada awal tahun 1970, yang menggunakan bola berputar kesegala arah, putaran tersebut dideteksi oleh roda-roda sensor didalam mouse tersebut. Pengembangan inilah yang melahirkan mouse tipe trackball, yaitu mouse terbalik dimana pengguna menggerakkan bola dengan jari.Pada tahun 1980 - 1990 Xerox mempopulerkan penggunaan keyboard QWERTY dengan dua tangan dan menggunakan mouse pada saat dibutukan saja. Mouse sekarang ini mengikuti desain Ecole Polytechnique federale de lausanne (EPFL) yang diinspirasikan oleh profesor Jean-Daniel Nicoud. Jenis yang paling akhir adalah mouse optic dan yang paling mudah dalam perawatannya serta penggunaannya. Mouse jenis ini tidak erlu dibersihkan pada bagian bolanya karena banyak nya debu yang menempel. 


Mouse optikal pertama kali dibuat oleh Steve Kirsch dari Mouse Systems Corporation. Mouse jenis ini menggunakan LED (Light emitting diode) dan photo dioda untuk mendeteksi gerakan mouse. Mouse optikal petamakali hanya dapat digunakan pada alas (mousepad) khusus yang berwarna metalik bergaris biru - abu-abu. Seiring perkembangan jaman mouse sekarang ini dapat digunakan disemua permukaan yang padat dan rata, kecuali permukaan yang memantulkan cahaya. Mouse saat ini bekerja dengan menggunakan sensor optik yang menggunakan LED sebagai sumber penerangan untuk mengambil beribu-ribu frame gambar selama mouse bergerak.

 Dan jenis mutakhir dari mouse adalah yang berteknologi laser, pertama kali diperkenalkan oleh logitech, perusahaan mouse terkemuka yang bekerja sama dengan Agilent Technologies pada tahun 2004, dengan nama logitech MX 1000. Logitech mengklaim bahwa mouse laser memiliki tingakt akurasi yang 20 kali lebih besar dari mouse optikal. Meskipun dasar kerja dari mouse optikal dengan mouse laser sama hanya berbeda pada laser pengganti LED. Meskipun begitu jenis mouse ini belum banyak dipergunakan diperkirakan harganya yang masih mahal. 


Dari sekian banyaknya perkembangan dari awal sampai yang terakhir yang tidak berubah dari mouse adalah jumlah tombolnya. Semua mouse memiliki tombol satu sampai tiga buah. Mouse pertama memiliki satu tombol. Kebanyakan mouse saat ini, yang didesain oleh microsoft Windows, memiliki dua tombol. Beberapa mouse modernjuga memiliki sebuah wheel untuk memudahkan scrolling. Sementara Ael memperkenalkan mouse satu tombol, yang tidak berubah hingga kini. Mouse modern juga sudah banyak yang tanpa kabel, dengan menggunakan teknologi wireless seperti infra red, gelombang radio ataupun bluetooth. Mouse wireless yang populer saat ini menggunakan gelombang radio dan ataupun bluetooth. Sedangkan mouse yang menggunakan infrared kurang begitu populer karena jarak jangkaunya yang terbatas, selain itu juga kurang begitu praktis karena antara mouse dengan penerimanya tidak boleh ada penghalang.

Blogger news

Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

Copyright © / KoNkLuSi AnIsHaK

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger