>--

Cerita Ayah dan Anak 8 Tahun

 
kisah si anak berumur 8 tahun yang menegur abah tentang solat
Suatu petang, seorang pelajar sekolah rendah darjah dua menemui bapanya.

Anak: "Abah..hari ini saya tak solat Asar."

Abah: "Takpe, kamu tak cukup umur lagi."

Anak: "Umur saya dah cukup la abah..."

Abah: "Belum. Tak bermimpi lagi kan.."

Anak: "Dah..saya dah mimpi dah malam tadi.."

Abah: "Serius? 8 tahun dah mimpi?"

Anak: "Ye. Malam tadi ada awek cun datang dalam mimpi. Dia pesan something dekat saya. Dia suruh belikan benda bagi hadiah dekat abah."

Abah: "Wah....apa dia hadiah tu?"

Anak: Jap ye. ( Si anak ke biliknya dan datang kembali dengan hadiah. Lalu diberikan kepada si bapa )

Abah: "Hadiah rotan ???"

Anak: "Ya. Dia pesan suruh abah rotan bila anaknya tak solat. Rotan dengan pukulan yang tidak memudaratkan. Rotan untuk mendidik. Abah tak pernah rotan saya sejak lahir. Rotanlah saya bila saya tak solat. Benar saya belum baligh, tapi umur saya dah cukup untuk menerima pukulan rotan bila tak solat. Mengingatkan saya kalau rotan itu dah sakit, pasti sebatan di neraka lagi 150 juta kali ganda sakitnya."

Abah: "Abah tak suka rotan anak-anak. Abah sayangkan anak-anak abah. Tak tergamak."

Anak: "Abah tidak boleh terlalu berlembut dengan kami. Manja tu perlu tapi bukan terlalu memanjakan. Rotanlah saya jika abah nak bawa saya bersama-sama ke dalam Syurga."

Abah: "Tapi..tapi.."

Anak: "Suatu hari saya akan dewasa dan hati saya menjadi hati orang dewasa yang keras. Hati yang keras sukar dilembutkan. Jika abah tak mahu melihat anak abah hatinya keras macam batu, malas untuk bersolat, abah pukullah awal-awal. Supaya saya ingat sampai mati, abah selalu ingatkan solat. Dengan teguran dan dengan pukulan. Abah dah terlepas soal-jawab di akhirat bab ajar anak solat."

Abah: "Hmm"

Anak: "Saya nak abah menjadi the real abah. Tanak jadi seperti abah-abah yang dayus di luar sana; abah-abah yang membiarkan anak-anaknya tidak solat kerana sayang, tidak menegur isteri dan anak-anak perempuan tentang aurat."

"Please be the real abah."

Si bapa terdiam. Anaknya berlalu pergi mengganti solat yang ditinggalkan kerana tertidur petang hari.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Blogger news

Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

Copyright © / KoNkLuSi AnIsHaK

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger