>--

Sulitnya Melupakan Cinta



Melupakan orang yang pernah di cintai memang bukan perkara mudah, bukan hanya orang yang melaksanakan ‘pacaran’ saja yang pernah merasakan hal ini.

Tapi bagi orang yang tak pernah merasakan pacaran bahkan tak pernah mengungkapkan isi hatinya pun merasakan hal ini. Ini lah bukti bahawa cinta yang fitrah boleh menjadi fitnah yang nyata bila tak diolah dengan bijak.

Sedarilah bahawa kalian sedang melangkah untuk menjadi lebih baik. Sudah seharusnya ketika si ‘dia’ tak bisa di miliki, dia sudah menjadi baagian masa lalu mu. Kalau memang sulit untuk melupakannya, tak perlulah tiba-tiba harus dilupakan. Tapi biarlah si dia menjadi pengingat mu bahawa masih ada cinta sejati yang menunggumu didepan, kerana kalian bukan menanti masa lalu.

Si dia dengan kehidupannya dan kamu dengan kehidupanmu, ini lah yang harus di tekankan dalam perjalanan hidupmu.Ketika kamu berusaha keras melupakan si dia, padahal dia asyik melenggang tanpa memikirkanmu.

Lantas siapa yang merugi kalau seperti ini.Rasa sakit kerana ternyata dia tidak memilihmu untuk menjadi perhentian terakhir , bukan bererti menjadikanmu lupa bahawa ALLAH selalu ada disampingmu.

Apalagi bagi yang ingin melupakan si dia kerana pernah mengalakkan aktiviti pacaran. Justeru ALLAH sangat sayang padamu, Dia bebaskan kamu dar perbuatan maksiat.

Harusnya kalian bangga dan senang ALLAH masih perhatikan padamu. Kalian dididik untuk menjadi orang yang lebih baik lagi, dengan cinta yang diberikanNya

Dari sinilah kamu harus sedar diri, bahawa melupakan mantan kekasih yang tak pernah halal bagimu adalah sebuah kebangkitan. Bangkit dari keterpurukan maksiat yang pernah kamu lakukan dan bangkit untuk memperjuangkan agama Allah

Anggaplah cinta pada mantan kekasihmu yang masih tersimpan sampai saat ini adalah sebahagian dari pengingatmu akan masa lalu, agar kalian tak pernah mengulanginya lagi. Sungguh rugilah bagi orang yang dididik menjadi lebih baik, namun dia kembali mengikuti alur masa lalunya.

Sedangkan bagi yang tak pernah pacaran, tapi pernah merasakan jatuh cinta yang sangat pada si dia. Namun dia tak menambatkan hatinya padamu, dan memilih menambatkan hatinya pada orang lain, kamu mungkin merasakan sakit yang lebih dahsyat, kerana tak pernah mengungkapkan rasa cintamu. Disebabkan ingin menjaga hati dan perasaan mu juga dia.

Masalah hati ini memang tak boleh dipecahkan secara rasional, kerana sekali lagi ini masalah perasaan yang hanya antara kamulah yang tahu seberapa besar dan seberapa dahsyatnya.

Namun harus ada keberanian yang kuat untuk melupakannya, sangat disayangkan penjagaanmu terhadap perasaan harus tercoreng kerana cinta yang tak pernah dihalalkan. 

Ibarat minum ubat, kamu harus berani minum ubat yang pahit sekalipun agar kamu segera sembuh dari sakitmu.

Yang perlu kamu selalu ingat dan tekankan pada hatimu adalah kelak akan ada orang yang lebih berhak untuk mendapat cinta sejatimu dari pada orang yang sekarang ini tak mampu di lupakan.

Tak mungkin juga kamu akan lebih mencintai si dia yang tak halal bagimu daripada orang yang telah halal bagimu, hal ini harus segera ditegaskan dalam hatimu. Bahawa kelak ada orang yang patut kamu cintai..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Blogger news

Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

Copyright © / KoNkLuSi AnIsHaK

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger