>--

Bila rindu ku tersebut namamu

Bila rindu ku tersebut namamu, cewah…

Untuk adik-adik yang membaca entry kali ni, adik nak ceritakan pengalaman kakak-kakak abang-abang korang masa dia orang muda-muda dulu. Untuk adik-adik level Geng Bas Sekolah, ini cerita zaman kanak-kanak ni. Untuk anda pembaca seusia yang sudi baca entry aku kali ini, ini cerita kita.


Orait…….

Masa baru sekolah rendah dah pun ada hati nak berkasih nak bercinta. Belajar belum habis dah sibuk nak bercouple. Sama lah macam hari ni, minat kat budak sekelas, budak kelas sebelah, admirer kat orang tu dan secret admirer kat orang ni. Tapi dulu punya cerita, email xknl lagi SMS apatah lagi so kalau minat tu mintak tolong kawan-kawan kirim salam jer lah. Lagi famous orang tu, lagi lah hari-hari orang kirim salam, nak berkenalan nak jadi adik abang angkat, nak jadi bopren dan gepren.

Lepas tu hantar surat, nak berkenalan. Bau surat mak aiii.. wangiiii, envelope warna biru muda atau pink. Huhuhu.. yang low budget pakai letak bedak cuticura je.

“Salam di angin lalu membawa kata-kata rindu ku buat mu. Semoga kau tenang di samping tugasan seharian. Ku pohon maaf seandainya warkah ini mengganggumu…”

Perhh.. karang bang.. karat. Sorry lah aku tak pandai nak karang surat macam ni, ayat tu pun dia datang sendiri jer tapi itulah lebih kurang surat jiwang yang dia orang tu tulis, aku tolong tuliskan jer. Majalah Remaja masa tu banyak menyumbangkan idea-idea kepada puak-puak jiwang karat ni, aku pun baca jugaklah yang abang aku beli.
bila chenta diterima oleh semek ni (Sebelah Terengganu membahasakan girlfriend sebagai mek / semek) maka tak senang duduk lah mamat ni, sure berangan punyalah, diriku sudah berpunya. Semek tu aku punya. Muka berseri macam pengantin baru nak masuk bilik. Alangkah indahnya donia ini..

Kalau tidurmu tiada lena bukan kerana panasnya malam…. tapi itulah tandanya… aku mengingatimu.. Kalau tidurmu termimpi akan diriku, itulah tandanya… aku merinduimu.

Ehem..
Kalau jenis mamat yang overacting sikit boleh tengok lah creativity dia menyonteng dinding bilik darjah atau bawah meja. Aku tau lah banyak sangat lah graphic-graphic bodo ni kat kelas aku dulu. Aku conteng jugak tapi aku suka conteng benda lain… Din-Liza wuz ere, loveU4ever.., Still loving you.. peh karat abih.

Rela aku hidup kesepian agar aku bisa merinduimu setiap detik. Aku hanya tahu menyintaimu, merinduimu dan aku membilang hari dan saat sampai kita ketemu..

Kalau nama lelaki tu Din, nama perempuan Liza, jadilah Dinza. Jiwang betul puak-puak ni. Merata ceruk lah dia tenyeh nama gabungan tu, atas meja sekolah, dalam buku, dalam locker, kat dinding.. Madi dengan Husna jadi Diena.. perhh. Eddy dengan Azira jadi Eddyra.. wahhaa. Contoh je la.

(bersambung)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Blogger news

Blogroll

Dikuasakan oleh Blogger.

Copyright © / KoNkLuSi AnIsHaK

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger